CRIME AWARENESS TEAM ( CAT )


CRIME AWARENESS TEAM ( CAT )
Definisi :
Crime Awareness Team ( CAT ) ialah satu kerjasama dalam kumpulan ( 10 – 15  / pasukan ) yang terdiri remaja yang berumur 18 – 25 tahun belajar dan menimba pengalaman tentang isu keselamatan komuniti dan daerah . Ianya juga akan mewujudkan generasi muda yang berwaspada terhadap keselamatan di dalam komuniti dan keseluruhan daerah dan seterusnya menjadikan generasi muda sebagai rakyat yang berguna .

Matlamat :
*Untuk mengelakkanpenglibatan belia remaja di dalam usaha pencegahan jenayah melalui aktiviti    yang berfaedah .
*Untuk mewujudkan persekitaran yang aman dan sejahtera melalui penglibatan secara berpadu di kalangan semua remaja .
*Untuk menanam semangat kesukarelawan di kalangan belia remaja pemikiran yang matang , bersemangat dan bertanggungjawab .

Rasional :
*Melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab , menonjolkan semangat berpasukan dan jati diri yang tinggi . Adalah dianggarkan seramai 11.5 juta penduduk . Negara adalah terdiri daripada golongan muda .
*Menbantu pihak berkuasa menjalankan kempen kesedaran pencegahan jenayah dalam  kalangan komuniti melalui aktiviti yang di atur secara bersama. 
*Bertindak sebagai mata dan telingan sebagai pihak berkuasa di dalam menyampaikan maklumat dalam usaha pencegahan jenayah .
*Dapat menonjolkan semula krebiliti generasi muda sebagai satu golangan yang bertanggungjawab ,beretika dan berkualiti kepada komuniti setempat .
*Penglibatan remaja akan menbantu di dalam pembangunan Negara dan mewujudkan persekitaran komuniti yang selamat khususnya .

Peranan :
*Bantu Polis DiRaja Malaysia ( PDRM )  sebar informasi jenayah .
*Bantu PDRM kurangkan rasa takut orang awam terhadap jenayah , ‘ Fear  of Crime ‘ ..
*Hasilkan ‘ Feel Good Factor ‘di kalangan awan dan komuniti .
*Bantu sebar maklumat kepada orang awam , komuniti setempat , kejiranan , rakan sebaya dan 
keluarga .
*Bantu Negara di dalam NKRA untuk kurangkan peratus Jenayah Jalanan .
*Program Transformasi kerajaan kepada Remaja Malaysia .

Objektif :
*Kurangkan Kadar Jenayah .
*Wujudkan Kesedaran Komuniti Setempat .
*Hasil Remaja Positif , Amal  Gaya Hidup Sihat .
*Tiada Remaja Di Dalam Jenayah .




 Agensi Terlibat :
*Kementrian Dalam Negeri 
*Polis Di Raja Malaysia 
*Agensi Anti Dadah Kebangsaan 
*Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
*Kementerian Belia & Sukan Malaysia 
*Kementerian Pengajian Tinggi
*Kementerian Pelajaran Malaysia 
*Yayasan Pencegahan Jenayah 
*Jabatan Latihan Khidmat Negara
 Jika Anda :
*Remaja berumur 15 – 25 tahun 
*Sukarelawan rakan muda 
*Peserta anugerah remaja perdana rakan muda 
*Ahli kelab rakan muda 
*Kelab pencegah jenayah sekolah 
*Pelatih & Alumni PLKN
*Ahli kelab setia komuniti BISTARI
*RELA 
*Ahli badan beruniform 




No comments:

Post a Comment