Thursday 9 February 2012

HATI-HATI DALAM MENGUNAKAN INTERNET

Wah.. Zaman sekarang ni cangih betul kanak-kanak yang belum bersekolah juga sudah pandai melayari internet, nenek dan atuk pun sekarang ni dah mula berjinak-jinak melayari internet, nanti kalau tak tau orang kata ketinggalan zaman, kolot, dan macam-macam gelaran yang dipanggil

Emmmm.. Banyak kebaikannya dalam melayari internet dan BANYAK juga keburukannya, malah kalau tidak bijak menggunakannya keburukan itu mungkin lebih banyak berbanding daripada kebaikan..

Jom kita berkenalan dengan salah satu penjenayah siber yang paling terkenal :

Phishing

Maksudnya


Phishing adalah apa jua percubaan untuk mencuri maklumat seseorang yang boleh dilakukan samada melalui telefon, email, chat atau faksimili. Melalui kaedah kejuruteraan sosial (english:social engineering), pelaku phishing berpura-pura seperti mahu mendapatkan maklumat untuk sesuatu urusan yang sah. Selalunya mangsa yang tertipu adalah mereka yang naif (english:naive) tentang jenayah ini, penjenayah ini lebih aktif di internet kerana mereka tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa, penipuan ini biasa dilakukan dalam bentuk web, yang meminta anda untuk mengemaskini maklumat samaada bank, akaun laman sosial, dan sebagainya, tujuannya adalah untuk mencuri maklumat anda dan mengunakan maklumat anda untuk melakukan pencurian, pengenalan palsu, dan sebagainya.

Langkah mengatasi jenayah ini

1. Sekiranya interface web muncul secara tiba-tiba, sila lihat alamat laman sesawang tersebut kerana terdapat perbezaan yang ketara pada alamat nya contohnya :

laman asal

https://www.maybank2u.com.my

Laman palsu

https://ww2.maybank2u.com.my

2. Elakkan memberi maklumat atau biodata lengkap anda di profile laman sosial

3. Elakkan panic semasa melihat laman bank meminta anda memperbetulkan maklumat peribadi anda, anda harus tahu bahawa setiap masalah maklumat anda, anda hanya akan menerima surat dan panggilan telefon meminta anda ke bank membuat urusan pembetulan dan proses itu hanya dibuat dibank.

Jom kita berkenalan pula dengan penjenyah siber kedua


Penghendap/stalker

Maksudnya pengintip/memerhati melakukan sesuatu intipan atau pemerhatian terhadap seseorg diluar/tanpa pengtahuan mangsa dan mengawasi gerak geri mangsa, biasanya mangsa ialah wanita dan penghendap adalah lelaki, ini berlaku apa bila penghendap terlalu obses terhadap mangsa, dan terlalu sayang dengan mangsa, dan berkemungkinan penghendap mempunyai masalah mentel/tekanan perasaan yg menyebab kan dia terlalu obses, penghendap mengetahui gerak-geri mangsa melalu laman sosial, langkah mengatasi:

1. Elakan mengemas kini status terlalu kerap

2. Elakan diri anda dari menyatakan/memberi tahu kedudukan anda setiap masa

3. Elakan daripada dedahkan maklumat peribadi anda secara teperinci

4. Jangan gunakan gambar asli anda sebagai gambar profile anda

5. Pastikan org yang berhubungan dengan anda dilaman sosial adalah org yg anda kenali

6. Elakan menerima permintaan untuk menjadi rakan daripada org yang anda tidak kenali

Setakat ini hanya 2 jenis jenayah siber yang admin sempat sediakan, insyaAllah admin akan usahakan dalam masa terdekat insyaAllah..


Published with Blogger-droid v2.0.3