Wednesday 29 August 2012

Fenomena Gangnam Style


Muzik video paling mendapat sambutan di youtube pada waktu ini PSY GANGNAM STYLE
menapilkan seorang lelaki korea dengan gaya tarian yang pelik, tarian seperti menunggang kuda ini telah mendapat sambutan sebanyak 68,799,263 JUTA! penonton sepanjang di muat naik di http://www.youtube.com/  pada 15 julai 2012 dan menjadi topik perbualan remaja sekarang..


Sehingga terbit sebuah lagi video parody gangnam style versi raya Suasana Gangnam Raya oleh sebuah keluarga bahagia yang sempoi, spoting dan happening sgt..menampilkan lagu Suasana Hari Raya dan Gangnam Style, video ini juga turut mendapat sambutan hangat di http://www.youtube.com/ iaitu sebanyak 613 ribu penonton... wow..! congretz... ! kan best kalau semua family mcm ni, keluarga bahagia.. biar apa org nak cakap janji keluarga bahagia tak kacau keluarga orang.. boleh tengok versi full  di link ni http://www.youtube.com/watch?v=VGq35nHO95s 
Wow memang fenomena gangnam style sehinggakan YAB Dato Seri Najib Tun Razak(PERDANA MENTERI KITA) Turut memberi komen tentang gangnam style, ada peluang buat konsert kat malaysia hehehehe


Monday 27 August 2012

Mainan Dulu Dan Sekarang



kalau dulu guna pemadam













                                                           sekarang main kat iPhone, pc, tablet, dan gadget jer




kalau dulu patung kertas
                                                     
 sekarang main kat phone, pc, tablet, dan gadget jer
semuanya di hujung jari kanak-kanak 

selamat Hari Raya Aidilfitri...

Rasanya belum terlambat buat admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua follower dan pengunjung blog Kelab Rakan Muda Kimanis... Di kesempatan ini admin memohon maaf sekiranya sekiranya ada post admin yang menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada yang hidup mahu pun yang telah kerahmattullah(meninggal dunia) dan maaf sekiranya admin kurang menerbitkan artikal kerana admin menumpukan lebih masa dengan perkerjaan insyaAllah dalam masa terdekat admin akan mencari pelapis bagi mengantikan tempat admin...
Sesiapa yang berminat untuk menjadi admin kelab rakan muda kimanis adalah amat di alu-alukan (hanya dibuka buat belia kimanis sahaja)

Wednesday 18 July 2012

JOM JADI FOLLOWER KELAB RAKAN MUDA


Jom sertai kami hanya dengan menjadi follower di blog Kelab Rakan Muda Kimanis, 20 follower terawal bakal menerima cover timeline facebook hasil karya admin (Mohd Rezuan) sendiri dengan menuggunakan gambar anda sendiri yang bertemakan Ramadhan Al-mubarak bersempena dengan bulan ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari saja lagi, tawaran bermula pada 17 julai 2012 bersamaan hari selasa
dan bakal berakhir pada 28 julai 2012, jadi apa tunggu lagi cepat daftarkan diri anda bagi mengeratkan komuniti belia kita, berkongsi maklumat, bertukar pendapat dan macam-macam lagi..
berikut merupakan syarat-syarat dan cara-cara menyertai peluang ini
1. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi follower kami dan hanya 20 follower terawal akan mendapat peluang ini             
2. Sekiranya facebook anda bukan facebook timeline dan tidak mempunyai cover timeline, admin akan mendesign gambar profile anda            
3. Cover yang di reka untuk anda akan di siarkan dalam blog Kelab Rakan Muda,             
4. Cover anda juga akan di siarkan di group Kelab Rakan Muda Kimanis 

             
5. Pendaftaran boleh di buat di area yang di bulatkan
6. Jika pendaftaran berjaya dan anda berjaya menjadi follower kami pic profile anda akan tersiarkan di ruang follower
7. jika anda ingin merequest rekaan anda boleh PM admin di firwan_wan@yahoo.com.sg
anda akan menerima cover timeline anda dalam tempoh selewat-lewatnya tempoh 24 jam dari masa anda menjadi follower kami. apa tunggu lagi daftarlah sekarang... SELAMAT MENCUBA....

Sunday 15 July 2012

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA KIMANIS

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab Rakan Muda Kimanis kerana pada 7 julai 2012 bersamaan hari sabtu cik Zuraini Binti Jablin telah melangsungkan majlis pertunangan dengan pasangannya Mohd Adi Hafiz.
Majlis berlangsung selepas solat zohor dengan serba sederhana namun elegen dan penuh adat istiadat masyarakat Brunei Islam Sabah, di tambah pula dangan jumlah dulang hantaran istimewa 11 dulang daripada lelaki dan 13 dulang dari cik Zuraini dan sebentuk cincin berserta wang saguhati RM100 majlis diserikan dengan kehadiuran saudara mara terdekat cik zuraini dan keluarga terdekat pasangannya, majlis berakhir sebelum solat Asar.











di kesempatan ini juga admin (Mohd Rezuan Bin Munap) mengucapkan Happy Engagement Day kepada cik Zuraini dan pasangannya dan tidak lupa juga ucapan Tahniah dan semoga berjaya kerana telah melanjutkan pelajarannya di Institut Pertanian Sabah baru-baru ini selang beberapa hari selepas hari pertunangannya, moga dengan peluang tersebut cik Zuraini memperoleh keputusan cemerlang.

Monday 19 March 2012

KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA




Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda. Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA. Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli. SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI, SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!

PENGENALAN
Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda. Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA. Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli. 

SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI, SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!! 

Kad Rakan Muda Klasik 
Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik. 
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
Kelebihan : 

  • Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  • Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  • Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  • Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan 
Kad Rakan Muda Emas

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :- 
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
  • Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
  • Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda.
  • Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.
Kelebihan : 

  • Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  • Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  • Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  • Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
  • Baucer dan promosi / pakej istimewa
  • Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta
Kad Rakan Muda Platinum

Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :- 




  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
  • Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
  • Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat.
  • Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas.
  • Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.
Kelebihan : 

  • Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
  • Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
  • Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
  • Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
  • Baucer dan promosi / pakej istimewa
  • Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta
  • Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel, pertunjukan
  • Kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT
  • Peluang meyertai aktiviti / program lawtan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda

Tuesday 6 March 2012

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012

Tahniah diucapkan kepada penerima pentauliahan pingat gangsa peringkat negeri 2012 kepada
Iskandar Ahmad, Marinus Sindin, Fabian Dadi, Jenesse Jhon, Azmiera Nazalwa, Dk Nuraidah Elina, Nurathira Kiplip dan Rosliah Modktar setinggi-tinggi tahniah diucpkan Tahniah kepada ahli kelab rakan mudah yang menerima pentauliahan pada tahun ini, diucapkan tahniah juga kepada pelajar SMK Bongawan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 9 February 2012

HATI-HATI DALAM MENGUNAKAN INTERNET

Wah.. Zaman sekarang ni cangih betul kanak-kanak yang belum bersekolah juga sudah pandai melayari internet, nenek dan atuk pun sekarang ni dah mula berjinak-jinak melayari internet, nanti kalau tak tau orang kata ketinggalan zaman, kolot, dan macam-macam gelaran yang dipanggil

Emmmm.. Banyak kebaikannya dalam melayari internet dan BANYAK juga keburukannya, malah kalau tidak bijak menggunakannya keburukan itu mungkin lebih banyak berbanding daripada kebaikan..

Jom kita berkenalan dengan salah satu penjenayah siber yang paling terkenal :

Phishing

Maksudnya


Phishing adalah apa jua percubaan untuk mencuri maklumat seseorang yang boleh dilakukan samada melalui telefon, email, chat atau faksimili. Melalui kaedah kejuruteraan sosial (english:social engineering), pelaku phishing berpura-pura seperti mahu mendapatkan maklumat untuk sesuatu urusan yang sah. Selalunya mangsa yang tertipu adalah mereka yang naif (english:naive) tentang jenayah ini, penjenayah ini lebih aktif di internet kerana mereka tidak mudah dikesan oleh pihak berkuasa, penipuan ini biasa dilakukan dalam bentuk web, yang meminta anda untuk mengemaskini maklumat samaada bank, akaun laman sosial, dan sebagainya, tujuannya adalah untuk mencuri maklumat anda dan mengunakan maklumat anda untuk melakukan pencurian, pengenalan palsu, dan sebagainya.

Langkah mengatasi jenayah ini

1. Sekiranya interface web muncul secara tiba-tiba, sila lihat alamat laman sesawang tersebut kerana terdapat perbezaan yang ketara pada alamat nya contohnya :

laman asal

https://www.maybank2u.com.my

Laman palsu

https://ww2.maybank2u.com.my

2. Elakkan memberi maklumat atau biodata lengkap anda di profile laman sosial

3. Elakkan panic semasa melihat laman bank meminta anda memperbetulkan maklumat peribadi anda, anda harus tahu bahawa setiap masalah maklumat anda, anda hanya akan menerima surat dan panggilan telefon meminta anda ke bank membuat urusan pembetulan dan proses itu hanya dibuat dibank.

Jom kita berkenalan pula dengan penjenyah siber kedua


Penghendap/stalker

Maksudnya pengintip/memerhati melakukan sesuatu intipan atau pemerhatian terhadap seseorg diluar/tanpa pengtahuan mangsa dan mengawasi gerak geri mangsa, biasanya mangsa ialah wanita dan penghendap adalah lelaki, ini berlaku apa bila penghendap terlalu obses terhadap mangsa, dan terlalu sayang dengan mangsa, dan berkemungkinan penghendap mempunyai masalah mentel/tekanan perasaan yg menyebab kan dia terlalu obses, penghendap mengetahui gerak-geri mangsa melalu laman sosial, langkah mengatasi:

1. Elakan mengemas kini status terlalu kerap

2. Elakan diri anda dari menyatakan/memberi tahu kedudukan anda setiap masa

3. Elakan daripada dedahkan maklumat peribadi anda secara teperinci

4. Jangan gunakan gambar asli anda sebagai gambar profile anda

5. Pastikan org yang berhubungan dengan anda dilaman sosial adalah org yg anda kenali

6. Elakan menerima permintaan untuk menjadi rakan daripada org yang anda tidak kenali

Setakat ini hanya 2 jenis jenayah siber yang admin sempat sediakan, insyaAllah admin akan usahakan dalam masa terdekat insyaAllah..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 18 January 2012

Kemalangan Dikimanis

19hb jan 7.30 pg Kimanis, warga kimanis dikejutkan 1 kemalangan maut melibatkan penungang motorsikal dan lori besi paip, admin dipahamkan kemalangan ini berpunca daripada sebuah kancil meluru tanpa sebarang isyarat, penungang motosikal tersebut cuba mengelak dan jatuh di jalan raya kemudian dirempuh lori, punca kematian dari kecedearaan dikepala,jenazah mangsa selamat dikebumikan pada jam 3.40 petang semalam,

Mangsa ialah Afendi Bin Salleh bekas pelajar S.M.K. Bongawan(class mate admin) mangsa mengembuskan nafas terakhirnya ditempat kejadian kira-kira 7.40pg semalam.. Gambar diatas adalah gambar mangsal


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 15 January 2012

Uji Bakat Mentor TV3 Dapat sambutan



Para remaja dan generasi yg berumur 18 - 25 tahun berpusu-pusu ke Promenade Kota Kinabalu untuk menghadirkan diri untuk uji bakat nyanyian seawal jam 5 pagi.. Segelintir mereka semestinya berbakat dalam bidang nyanian, ada juga dikalangan meraka adalah ahli kelab Rakan Muda sabah, kegairahan mereka terhadap bidang seni muzik amat tinggi, semasa admin meninjau keadaan lokasi uji bakat, turut hadir memeriahkan hari ujibakat Mentor6 kali ni Anum Af (Admin x sempat mengambil gambar)

Gambar hiasan sahaja.. Diharap pada tahun ini ramai peseta sabah diambil.. Dipahamkan seramai 6 orang mentor ditawarkan buat para protuge kali ini, antaranya Ella, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam, dan Ferhad masing-masing memiliki kreteria yang mereka tetapkan untuk menjadi protuge mereka, Adam salah seorang mentor kelahiran Sabah mungkin memberi sedikit advantage kepada peserta Sabah

, admin berharap agar peseta sabah yang terpilih akan membuat yang terbaik dan berusaha membuktikan sabah terbaik, semoga berjaya

Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 12 January 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG RAKAN MUDA KIMANIS

Assalammualaikum w.b.t saya Mohd Rezuan selaku Ahli jawatan kuasa tertinggi dan juga selaku Admin bagi blog Kelab Rakan Muda Kimanis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog kami..
di kesempatan ini juga saya mengalu-alukan kepada kawan-kawan,saudara-mara, sahabat andai dan kaum-kerabat untuk bersama-sama kita membangunkan dan memajukan generasi muda kita pada hari in dan juga masa-masa akan datang.
Dalam blog ini ppelbagai infomasi yang bakal  kami menerbitkan antaranya program-program(program-program kelab, jabatan dan kementerian) yang bakal diadakan, program-program yang suda dijalankan, gambar program, video program,dan pelbagai lagi, selaain itu juga anda boleh berkongsi pandangan, pedapat dan idea-idea proses dalam pembangunan Kelab Rakan Muda
Mudah-mudahan dengan adanya blog ini kita dapat mempertingkatkan kualiti pentabiran kelab, dan mengeratkan lagi perhubungan antara ahli dan pentadbir dan pada masa yang sama generasi muda diluar sana mandapat secara terus berita dan kabar dari jabatan dan kementerian